Monday, January 31, 2011

Bawa rakyat Malaysia pulang!

1. Protes yang berlaku di Mesir disertai oleh ratusan ribu orang melibatkan beberapa buah kota besar negara tersebut. Keadaan semakin tidak menentu, keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulan samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya.

2. Rakyat Malaysia yang kini tinggal di Mesir hampir mencecah 11 ribu orang, 10,328 dari jumlah tersebut merupakan pelajar yang mendaftar dengan kedutaan Malaysia di sana. 

Sunday, January 30, 2011

Demokrasi

1. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaan yang yang dipilih oleh rakyat. 

2. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Saturday, January 29, 2011

Saya dan pembangkang

1. Kita perlu ada prinsip perjuangan dan pendirian yang jelas. Tugas hakiki kita sebagai mahasiswa adalah untuk belajar kemudian mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, namun perjuangan menuntut keadilan, kesaksamaan dan keamanan negara juga terletak di bahu kita.

2. Ramai dikalangan sahabat mahupun pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menyangka saya punyai idealisma dan prinsip perjuangan yang bahaya kepada kerajaan atau lebih mudah di kenali sebagai pro pembangkang.

Saturday, January 22, 2011

Boling

1. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana buat pertama kalinya dalam seumur hidup, saya telah menyertai pertandingan boling.

2. Hariri, Zuhri, Azrul dan saya telah menawarkan diri untuk menjadi wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam pertandingan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...