Saturday, January 22, 2011

Boling

1. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana buat pertama kalinya dalam seumur hidup, saya telah menyertai pertandingan boling.

2. Hariri, Zuhri, Azrul dan saya telah menawarkan diri untuk menjadi wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam pertandingan ini.



3. Walaupun kami tidak tercalon dalam kategori pemain-pemain handalan, namun kami tetap bersemangat kental dalam usaha untuk menentang musuh-musuh kami! Takbir!

4. Sebenarnya pertandingan ini diadakan khas buat pelajar Non Resident (NR) tetapi kami sebagai 'wakil rakyat' di kalangan mahasiswa/wi dalam UiTM ni, maka kami turun padang dan menyertai mereka. Tidak ketinggalan juga staf UiTM yang turut menghantar wakil dalam pertandingan ini.

5. Alhamdulillah, wakil MPP dengan cemerlangnya berjaya menduduki tempat ke 6 daripada 13 buah pasukan.

6. Tahniah saya ucapkan kepada Unit Pengurusan Kolej (UPK) dan Jawatankuasa Kolej NR (JPK) kerana telah berjaya mewujudkan satu program yang cukup bermakna buat mahasiswa/wi NR. Selain permainan boling, acara lain turut dipertandingkan seperti pertandingan futsal, congkak dan lain-lain.

7. Gambar:

Encik Rahim merasmikan acara

Wakil MPP yang cukup handal
Tuan Sokri juga hadir sebagai peserta

peserta siswi

Bersemangat sungguh

Faezuddin Puad membuat balingan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...